PIAGAM PELANGGAN
Bahawa
kami warga Sekolah Kebangsaan Jelutong berikrar dan berjanji untuk
memberikan perkhidmatan kepada pelanggan kami seperti berikut:
MURID
1. Memastikan anak didik kami menerima pendidikan berkualiti selaras dengan matlamat pendidikan kebangsaan
2. Memastikan anak didik kami menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira
3. Memberi perhatian sewajarnya kepada pembangunan sahsiah dan kebajikan anak didik kami
4. Memberi peluang kepada anak didik kami untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan kokurikulum mengikut minat masing-masing.
GURU DAN STAF SOKONGAN
1 Memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan serta layanan mesra
Kepada semua guru dan staf sokongan
2. Setiap guru dan staf sokongan menerima latihan dalaman/luaran dalam bidang masing-masing sekurang-kurangnya sekali setahun
WARIS
1. Setiap waris murid yang berurusan dengan sekolah akan dilayan secara
adil dan mesra
2. Setiap aduan akan disiasat dan maklum balas akan diberi tidak lebih dari
hari bekerja.
3. Setiap cadangan/usul yang baik dan munasabah akan dipertimbangkan
oleh pihak sekolah.
4. Sentiasa
bersedia dan sanggup menerima pandangan, cadangan, syor dan teguran
yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi
perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah ini
No comments:
Post a Comment