SEJARAH SEKOLAH
Sejarah
awal Sekolah Kebangsaan Jelutong bermula pada tahun 1908. Bangunan
pertama berukuran 40 x 25 kaki, didirikan di atas tanah Lot . No. 3907
dengan keluasan 25 pole. Pada ketika itu ia dikenali sebagai Sekolah
Melayu Jelutong. ‘Jelutong’ mengambil sempena nama sepohon pokok
jelutong yang tumbuh berhampiran bangunan sekolah ketika itu.
Pada
tahun 1939, sebuah lagi bangunan dibina berukuran 52 x 52 kaki di atas
tanah Lot. No. 3761 dengan keluasan 2a 1r 27 pole. Ini adalah tapak
bangunan sekarang.
Bermula
dari sini, dengan pertambahan murid yang meningkat setiap tahun, maka
sebuah lagi bangunan yang sama saiznya dibina pada tahun 1951. Selepas
tahun 1951, tidak ada lagi bangunan tambahan didirikan. Ini adalah
kerana bangunannya mencukupi, lebih-lebih lagi setelah bangunan sekolah
Inggeris yang terletak dalam kawasan tapak ini juga diserahkan kepada
pentadbir Sekolah Umum Jelutong.
Bersesuaian
dengan arus pembangunan semasa dan selaras dengan usaha ke arah
kemajuan pendidikan di negara ini, pihak pentadbir telah menyuarakan
hasrat kepada Kementerian Pelajaran untuk mendirikan sebuah bangunan
baru. Usaha untuk menegakkan bangunan beru bermula pada tahun 1977,
tetapi kerja pembinaan dilaksanakan pada akhir tahun 1980.
Bagi
menggantikan bangunan yang uzur, bangunan baru ini mempunyai 8 bilik
darjah, sebuah pejabat, sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik guru,
perpustakaan, 6 unit tandas, sebuah kantin dan 3 buah setor
Pada
8 April 1984, Sekolah Kebangsaan Jelutong telah sempurna dirasmikan
oleh YB Dato Khalil Yaakop, Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu. Tahun
demi tahun , murid kian bertambah, bagi menampung bilik darjah yang
masih berkurangan sebuah lagi bangunan tambahan didirikan pada tahun
1988 mengandungi 2 bilik darjah.
Bermula
dari tahun 1908, di mana murid hanya antara 30 hingga 40 orang sebagai
perintis dengan tenaga pengajar seramai 2 orang, kini Sekolah Kebangsaan
Jelutong berkembang maju.
Dalam
tahun 1992, jumlah guru yang berkhidmat di SKJ berjumlah 20 orang,
kakitangan bukan guru seramai 4 orang, mengendalikan 12 aliran kelas
dengan keramaian murid berjumlah 346 orang.
Bermula
1995 bilangan murid semakin berkurangan iaitu seramai 285 orang. Tahun
2001 terdapat 10 aliran kelas dengan 25 orang guru dan kakitangan. Kini
pada tahun 2012 bilangan guru seramai 22 orang dengan murid seramai 163
orang.
No comments:
Post a Comment